Quantcast
Channel: LECITHIN – Adaa's Inspiration~
Viewing all articles
Browse latest Browse all 41

KURUS DENGAN DETOX? YA!

$
0
0

Betul ke boleh kurus dengan detox?

Dah jenuh ambil produk untuk kuruskan badan? Dah cuba pelbagai cara untuk kurus? kurus kejap lepas tu naik balik? aduhai, letih betul kan? Dah lah berat bertambah, tenaga makin kurang, sakit lutut, sendi semua, susah tidur, pening semua datang. Paling bahaya bila penyakit baru menjengah, darah tinggilah, kencing manis lah..semua tu sangat menakutkan!

Siapa penah rasa macam tu? Angkat tangan! berat dah bertahun tak turun, rasa nak lempar je penimbang ye tak hehe. Kali ni apa kata cuba kurus dengan detox pulak.

Sebelum tu tengok klip ni dulu ok?

Kenapa perlu detox?

Sebenarnya apabila kita tak mengamalkan detox, badan kita akan mengandungi lebihan toksin. Lebihan toksin inilah yang menjadi punca utama kita gagal membakar lemak berlebihan didalam badan. Lebihan toksin juga mengurangkan penyerapan segala jenis nutrient yang kita ambil melalui pemakanan. Jadi, sia-sialah kalau makan produk kuruskan badan mahal-mahal tu. Bila kita detox, toksin akan berkurangan dan metabolisme badan akan meningkat. Badan kita akan di ‘reset’ semula barulah segalanya jadi lebih sihat, bertenaga dan dapat menyerap nutrien dengan lebih baik!

Macam yang Puan Tuty kata dalam video tu, dia dulu tak bertenaga, tengoklah berat badan tu sangat ketara penurunan kan. Tapi itu cuma bonus dari program detox ni. Yang paling utama, badan lebih sihat dan bertenaga.

Adaa dah pernah cuba ke kurus dengan detox?

Sejujurnya, Adaa dari kecil memang spesis chubby haha Tapi bukanlah sejak azali, cuma dari kecil adaa sangat suka makan. Adaa paling pantang jumpa segala jenis pastry, dessert, aiskrim. Memang kalah lah, angkat bendera putih. Suka sangat!

Semasa mengandung anak pertama berat adaa naik 9-10 kg, kalu tak silap dalam 65-67kg gitu dan doktor sarankan supaya adaa turunkan berat badan sehingga 50kg. Adaa cuma mampu gelak sebab Adaa sendiri tak ingat bila kali terakhir berat adaa cecah 50kg. Sekolah rendah? Sekolah menengah?

Bila dah sampai anak ketiga, berat paling ringan pun Adaa capai adalah 62-63kg. Dengan ketinggian ala-ala pohon nan rendang memang nampak sangatlah huhu dan ianya kekal walaupun anak yang ketiga tu dah cecah 4 tahun 😦

Jadi, Adaa cubalah kurus dengan detox ni bila dapat tahu Shaklee mula anjurkan program ni. Kalau nak tahu lebih lanjut, adaa pernah kongsi di SINI

Kini berat adaa turun sedikit demi sedikit sehingga 53kg. (yeay!) Tapi kan, Adaa nak buat pengakuan lah, adaa banyak mengelat (cycle pertama yang 7 hari detox plan memang Adaa ikut betul-betul tau, kemudian selepas tu mungkin ada mengelat sikit-sikit lah), senaman tak pernah pun buat, adaa memang cuba mengamalkan pemakanan secara sihat dan eat clean tapi kadang terbabas contohnya semasa raya (ampun). Walaupun begitu, berat adaa tak naik balik dan masih turun. Jadi tak hairan lah kalau betul-betul buat macam Puan Tuty tadi mampu berikan penurunan yang signifikan.

JADI, BOLEH KURUS DENGAN DETOX? 

Ya boleh sangat. Malah ianya cara paling sihat untuk memastikan penurunan berat anda berlaku secara semulajadi dan memperbaiki semula sistem tubuh badan anda. macam adaa katakan tadi, rata-rata mula detox bila dapat tahu ada tekanan darah tinggi, obesiti, dan kencing manis. Tapi BONUS bagi mereka apabila berat badan mereka juga mencecah tahap berat badan ideal. Barulah lebih yakin,sihat,segar semua sekali kan?

Ni adaa kongsikan satu lagi testimonial.

Nak mula kurus dengan detox? jom, kami ada kumpulan yang boleh membantu!

 

NOOR SYUHADA
ID 858777
adaainspiration@ymail.com
adaanoor@ymail.com
017-9329859
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Filed under: HERBLAX, KURUS, LECITHIN, SET DETOX, SHAKLEE RELATED, WEIGHT MANAGEMENT Tagged: detox, detox water, kurus cara detox, kurus dengan detox, set detox shaklee

Viewing all articles
Browse latest Browse all 41

Latest Images

Trending Articles





Latest Images